18 Jun 2009

Gawai Entalun 2009


Selamat Hari Gawai Dayak 2009.





Seperti Hari Gawai Dayak 2008 yang lalu, Hari Gawai Dayak 2009 di kampung entalun diantara pesta-pesta Gawai yang cukup bermakna bagi penduduk kampung Entalun kerana Pesta Gawai kali ini kami telah menjemput YB Dr. Johnichal Rayong ( ADUN N28 Engkelili ) merasmikan temasya Sukan Gawai Entalun 2009.



Hari Gawai Dayak 2009 diantara hari gawai yang cukup meriah dan bersejarah bagi penduduk kampung Entalu kerana kedatangan YB dan isterinya serta seorang kenalan beliau datang pada pagi 01.06.2009. Penduduk kampung sungguh terharu dengan kedatangan YBkerana sudi meluangkan masa bersama rakyat.YB disambut dengan penuh istiadat kaum Iban yang dipanggil " niki pengabang" semasa menjemput beliau masuk ke rumah panjang. Semasa berjalan di`ruai' beliau beramah mesra dan bersalaman dengan penduduk kampung yang telah lama menunggu beliau. Setelah beramah mesra dan bersalaman dengan penduduk kampung, YB dijemput duduk untuk menjamu selera dengan kuih-muih tradisi kaum Iban serta panggang ayam dan babi yang telah disediakan untuk menyambut ketibaan beliau. Sebelum menjamu selera, upacara memberkati dipanggil " biau niki ke pengabang" oleh Encik Pengiran Ak Jeluing telah dijalankan . Setelah itu barulah dapat makan hidangan yang disediakan dan sambil minum-minum air ' tuak ' tapai dan beer.



Pada masa itu YB minum sedikit saja 'tuak' dan beer kerana beliau maish banyak tempat yang perlu beliau lawati selepas itu. Diteruskan lagi acara, ucapan aluan oleh Encik Buma, untuk memberi penghormatan kepada YB dari seluruh penduduk kampung. Setelah itu, Encik Kam Ak Biga selaku Timbalan Tuai Rumah menyuarakan memohon bantuan kepada YB. Selepas itu pula Pengerusi Biro Wanita ( Gerempung Indu Kampung Entalun) iaitu Puan Bedok Ak Marin memohon untuk memberi sedikit sumbangan atau bantuan bagi mereka. Untuk menyahut segala permintaan tersebut, YB dijemput untuk berucap sepatah dua kata, memberi teguran serta bimbingan kepada seluruh penduduk kampung sebelum beliau memberi penjelasan tentang permintaan yang dikemukakan tadi.



Dalam ucapan, beliau menceritakan sejarah persekolahan beliau dengan beberapa orang penduduk kampung yang sebaya dengan beliau pada masa dulu. Beliau juga menceritakan kepayahan dan kesusahan bersekolah pada masa itu kerana terpaksa mengharungi masalah dan halangan setiap pagi untuk pergi ke sekolah. Dengan berjalan kaki ke sekolah sejauh 2o minit dan pada masa yang sama juga ada penyamun, namun beliau tetap sabar menharungi semua itu. Niat berusaha dan susah-payah beliau pada masa itu nampaknya tidak sia-sia sehingga menjadikan beliau seperti yang ada sekarang sebagai seorang wakil rakyat dan sebelum ini sebagai seorang doktor. Tidak lupa juga dalam ucapan beliau ada menyentuh tentang politik dan konsep 1Malaysia. Berkaitan dengan politik, beliau memberitahu yang beliau sekarang dalam proses untuk masuk dalam BN ( BARISAN NASIONAL ) cuma belum rasmi lagi tapi memang sudah pasti beliau dalam BN. Tahniah diucapkan kepada YB dr. Johnichal Rayong.

Dalam konsep 1Malaysia, beliau menerangkan yang kerajaan sekarang sungguh prihatin dengan rakyat. Perpaduan dalam masyarakat bebrbilang kaum harus dipupuk untuk menjaga keamanan negara. Tiada beza kaum dan agama, kerajaan tetap memberi bantuan sama rata. Beliau juga menerangkan kalau kita terus bersama dan menyokong BN, kita akan terus maju dan mendapat faedah seperti sekarang. Begitulah konsep 1Malaysia " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan "Beliau juga turut menyentuh tentang aspek keselamatan dan kesihatan, supaya orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dari wabak yang sedang melanda dunia pada masa kini iaitu H1N1.



Sebelum mengakhiri ucapan , beliau memberi buah tangan atau bantuan sebanyak RM5000.00 untuk JKKK Kampung Entalun dan RM3000.00 untuk ' Gerempung Indu Kampung Entalun'. Selepas itu jamuan makan-makan diteruskan sebelum acara lumba perau dan berenang dimulakan. Setelah menyaksikan 2 acara tersebut, beliau meminta izin untuk pulang kerana beliau masih banyak urasan lain selain melawati kampung-kampung lain yang masih beliau belum lawati lagi.

Sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dr. Johnichal Rayong Ak Ngipa ( ADUN N28 Engkelili ) kerana sudi merasmikan temasya Sukan Gawai Entalun 2009. Semoga YB panjang umur dan murah rezeki.

Selepas ini saya akan menulis tentang lawatan beliau ke Kampung Murat Skrang. Mungkin dalam masa terdekat kerana susah nak dapat line Internet. Lagipun bukannya senang nak taip kat cyber. Sekian, terima kasih dan datang lagi.

Perutusan Dari Admin

Salam Sejahtera semua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung ke laman blog JKKK Kampung Entalun tak kira kaum atau agama, mahupun mereka dari kerajaan, Yang Berhormat, tuan dan puan serta blogger dan sebagainya, kerana sudi datang menjenguk laman blog yang tak seberapa ini.

Sebenarnya saya ingin menulis blog ini dalam bahasa Iban kerana saya kurang berpengetahuan menulis dalam bahasa Melayu. Memandangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dalam Malaysia dan semua kaum di Malaysia tahu Bahasa Malaysia, jadi saya gunakan bahasa Malaysia untuk menyampaikan apa yang ada dalam blog ini. Saya meminta maaf sekiranya terdapat kesilapan bahasa atau ayat dalam blog ini. Sekiranya ada apa-apa komen, anda semua boleh email saya. Oleh itu, bahasa utama dalam blog ini ialah bahasa Melayu dan kemungkinan bahasa Iban atau bahasa lain juga boleh digunakan dalam blog ini.

Laman blog rasmi kampung Entalun ini di wujudkan adalah untuk menceritakan gaya kehidupan, kebudayaan, aktiviti dan sebagainya dalam masyarakat Iban di sesebuah kampung. Inspirasi terciptanya idea untuk membina laman blog ini apabila saya dan Tuai Rumah menghadiri satu bengkel yang dianjurkan oleh pihak KEMAS bulan mei 2009. Dalam bengkel tersebut, pihak KEMAS mengajar Tuai Rumah-Tuai Rumah dan Ahli JKKK yang hadir cara mengisi profile kampung untuk rumah panjang masing-masing. Dari situlah tercetusnya idea mewujudkan blog ini. Terima kasih kepada pihak KEMAS yang telah menganjurkan bengkel tersebut.

Selain dari laman blog ini, saya juga ada beberapa buah laman yang lain untuk anda semua kunjungi selepas ini. Semoga apa yang dipaparkan di sini dapat memberi gambaran sebenar kehidupan masyarakat Iban di kampung Entalun.

p/s-Iban : Ngagai semua bala kami serumah ka ngepost nama-nama aja dalam blog tu, kita tau meri ke aku alamat email kita ngagai aku ngambi ke aku ADD kita nyadi Admin.

Thank You,
Admin Entalun Skrang.